Wednesday, 3 June 2015

Semenjak Kau Hadir


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum.

Kalau kita cintakan seseorang itu kerana Allah dan agama , Allah takkan lenyapkan perasaan itu


Segala jenis bentuk pertemuan itu adalah dengan izin-Nya dan begitu juga dengan segala  perasaan yang kita rasai. Setiap orang mesti ada kisah tersendiri yang pernah , sedang atau yang  akan berlaku . Cuma ada satu perkara yang perlu kita ingat adalah jangan pernah menyesali akan setiap kejadian yang telah berlaku dalam hidup kita samada ia perkara baik juga buruk.


Pengalaman yang kita punya adalah  untuk mematangkan kita dan secara tidak langsung akan membuat kita kembali kepada Allah SWT. Bagi Dihaa tak salah untuk mempunyai rasa cinta terhadap seseorang , Cuma kita tak perlu untuk terlalu mengharapkan sesuatu melebihi harapan kita kepada Allah SWT.



Doa adalah cara untuk meminta Allah 
memelihara dan membahagiakan seseorang. Kerana cinta tidak lahir dari janji, tapi mekar dengan berbisik pada Ilahi. Walaupun jalan kita berbeza, Insha Allah semuanya datang dari Allah . Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Namamu masih kemas tersimpan dalam himpunan doaku.


Cinta akan lenyap dalam runtuhan mimpi , tapi ia takkan hilang dari simpanan doa




By MadihahSyazwani 

5 comments: